Kenali Sehearty Therapy
Get to know Sehearty Therapy
Sehearty Therapy ialah pusat kaunseling dan sokongan kesihatan mental profesional yang berdedikasi untuk mempromosikan kesejahteraan emosi, kesedaran diri, pertumbuhan diri dan ketahanan psikologi.
Sehearty Therapy diilhamkan daripada gabungan “Se”, iaitu awalan dalam bahasa Melayu yang membawa maksud kesatuan, keutuhan atau “satu” bergantung kepada konteks, dan “Hearty” yang merujuk kepada didengari dengan penuh keikhlasan serta menyentuh hati. Ia mencerminkan falsafah teras kaunseling kami iaitu mendengar dengan empati, tanpa menghakimi, serta memahami klien secara mendalam hingga ke hati mereka.
Dengan pengalaman yang mendalam dalam bidang kaunseling yang menjadi asas amalan kami, kami percaya bahawa setiap individu mempunyai keupayaan untuk sembuh, berkembang, dan mencipta perubahan yang bermakna apabila disokong dalam persekitaran yang selamat dan tidak menghakimi.
Pendekatan kami berpusatkan klien, sulit (confidential), serta berasaskan amalan terapi yang berlandaskan bukti (evidence-based).
Sehearty Therapy is a professional counselling and mental health support centre dedicated to promoting emotional well-being, self-awareness, and psychological resilience.
Sehearty Therapy is inspired by the combination of “Se”, a Malay prefix that conveys the meaning of unity, wholeness, or “one”, depending on context, and “Hearty”, which refers to being deeply heard and received with sincerity. This reflects our core counselling philosophy of listening with empathy, without judgement, and offering genuine understanding that reaches the heart of each client.
With years of counselling experience guiding our practice, we believe that every individual has the capacity to heal, grow, and create meaningful change when supported in a safe and non-judgemental environment.
Our approach is client-centred, confidential, and grounded in evidence-based therapeutic practices.




Bagaimana kami boleh membantu anda?
How Can We Support You?
Setiap individu mempunyai perjalanan hidup yang unik, dengan cabaran dan pengalaman yang berbeza. Kadangkala, mendapatkan sokongan daripada seseorang yang memahami boleh membantu kita melihat sesuatu dengan lebih jelas dan melangkah ke hadapan dengan lebih yakin. Sama ada anda sedang menghadapi cabaran emosi, isu hubungan, konflik keluarga, kebimbangan berkaitan kerjaya, atau ingin mengenali diri dengan lebih mendalam, kami sedia menemani perjalanan anda dalam ruang yang selamat dan tanpa penghakiman. Terokai perkhidmatan kami dan temui sokongan yang sesuai untuk anda.
Life comes with different challenges, and sometimes we all need a little support along the way. Whether you're navigating personal struggles, relationship concerns, family matters, career decisions, or simply seeking personal growth, we're here to provide a safe and supportive space for you. Explore our services below and find the support that best fits your needs.
Kaunseling Individu
Individual counselling


Kaunseling individu menyediakan ruang yang selamat dan sulit untuk meneroka isu peribadi seperti keresahan, kemurungan, stres, harga diri rendah, trauma, dan perubahan hidup. Sesi memberi fokus kepada kesedaran emosi, kefahaman diri, dan strategi daya tindak yang sihat.
Individual counselling provides a safe and confidential space to explore personal issues such as anxiety, depression, stress, self-esteem, trauma, and life transitions. Sessions focus on emotional awareness, self-understanding, and healthy coping strategies.




Kaunseling Kerjaya
Career Counselling
Kaunseling kerjaya membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan pendidikan dan hala tuju kerjaya. Ia merangkumi penerokaan minat, pemahaman personaliti, dan perancangan kerjaya.
Career counselling supports individuals in making informed decisions about education and career pathways. It includes interest exploration, personality understanding, and career planning.
Kaunseling pasangan membantu pasangan memperbaiki komunikasi, menyelesaikan konflik, dan membina semula hubungan emosi. Ia menyediakan ruang selamat untuk meningkatkan kefahaman dan kepuasan dalam hubungan.
Couple counselling helps partners improve communication, resolve conflicts, and rebuild emotional connection. It provides a safe space to strengthen understanding and relationship satisfaction.
Kaunseling berpasangan
Couple Counselling
Kaunseling Keluarga
Family Counselling


Kaunseling keluarga memberi fokus kepada penambahbaikan komunikasi, peranan, dan hubungan dalam sistem keluarga. Ia membantu keluarga mengurus konflik, isu keibubapaan, dan cabaran emosi.
Family counselling focuses on improving communication, roles, and relationships within the family system. It supports families in managing conflict, parenting issues, and emotional challenges.


Kaunseling Kelompok
Group Counselling
Kaunseling kumpulan menyediakan ruang sokongan di mana individu boleh berkongsi pengalaman dan belajar antara satu sama lain. Ia menggalakkan hubungan, empati dan perkembangan diri.
Group counselling provides a supportive space where individuals can share experiences and learn from others. It promotes connection, empathy, and personal growth.
Saringan kesihatan mental membantu mengenal pasti isu emosi dan psikologi menggunakan alat penilaian yang standard. Ia membantu individu mendapatkan sokongan yang sesuai serta intervensi awal.
Mental health screening helps identify emotional and psychological concerns using standard assessment tools. It guides individuals toward appropriate support and early intervention.
Saringan Kesihatan Menatal
Mental Health Screening
Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang melalui waktu yang sukar dan memerlukan bantuan segera, sila hubungi talian berikut:
Talian Sokongan 24 Jam (Percuma)
• Befrienders: +603 7627 2929
• Talian Kasih: 15999
Untuk Situasi Kecemasan atau Risiko Segera
Sila hubungi 999 atau pergi ke hospital terdekat untuk mendapatkan bantuan dengan segera.
REACH OUT TO US:
© 2025. All rights reserved.
If you are or someone is in a life threatening situation, don't use this site. Use these resources to get immediate help.
[24 hours, free hotline]
Befrienders at +603 76272929
Talian Kasih at 15999
[Emergency]
Call 999 or your nearest hospital
